Ramadhan Yang Sunyi

Hari ini sudah hari ke 34 Perintah Kawalan Pergerakan dan tinggal 4 hari sahaja lagi Ramadhan akan datang menjenguk kita semua. Setakat sekarang, sudah 4 kali umat Islam di Malaysia tidak boleh menunaikan sembayang Jumaat kerana mematuhi arahan dari pihak kesihatan dan juga fatwa daripada Mufti untuk mengekang wabak ini daripada terus merebak.  Hati saya... Continue Reading →

Mencari Makna Diri Dengan Ikigai

Ikigai adalah atu istilah dari Jepun yang menjadi popular sejak berberapa tahun ini. Antara tulisan yang mempopularkan komsep ini ialah The Little Book of Ikigai: The Essential Japanese Way to Finding Your Purpose in Life tulisan Ken Mogi, seorang saintis dari Jepun. Konsep mudahnya Ikigai ialah, apakah benda yang akan membuatkan anda terlompat bangun dari tidur setiap hari? Mahu... Continue Reading →

Psikologi Orang Yang Tidak Mahu Patuh Arahan

Pernahkah anda terfikir “Mengapalah begitu ramai rakyat Malaysia yang susah nak ikut peraturan dan ingkar perintah?” Terutamanya di musim Covid-19 ini yang sedang menggila ini. Bukankah sesuatu perkara itu lebih senang dilakukan dalam kumpulan? Seorang jurutera pertanian dari Perancis, Maximillian Ringelmann (1913) ingin mengkaji pencapaian individu berbanding kumpulan. Dia menyuruh peserta lelaki menarik tali selama... Continue Reading →

Dunia Tanpa Tembok

Buku Dunia Tanpa Tembok ialah buku tentang keadaan sebenar dunia dan realpolitik semasa yang diulas menggunakan bahasa Melayu pertama yang saya baca. Amat menarik sebenarnya, kerana amat susah untuk mencari buku seperti ini di pasaran atau rak-rak buku, tambahan pula untuk saya, pembaca yang baru mula mengkaji ini.  Saya pernah bercerita tentang buku Ayman Rashdan Wong... Continue Reading →

Seni Berfikir Yang Hilang

Apakah alat utama untuk mendepani masalah yang kian muncul di hadapan kita? Masalah sosial, masalah agama, masalah akhlak, dan yang paling utama, masaslah cara fikir. Semua ini harus dengan satu alat. Namun apakah alat yang sesuai untuk mengubat penyakit tersebut? Buku Seni Berfikir Yang Hilang terbitan Iman Publication Di hadapan saya terbentang satu naskhah kecil... Continue Reading →

Kenangan-kenanganku di Malaya

Tidak hairan jika ada orang dari negara lain memuji negara kita. Tetapi apabila ada satu buku khas yang dubuat orang semata-mata memuji dan mengagungkan negara kita, hal itu satu perkara yang menakjubkan. Apatah lagi orang itu pula bukan berasal dari sini. Itulah sebenarnya yang menyebabkan Hamka unik. Pengetahuannya amat luas seperti laut yang tidak bersempadan.... Continue Reading →

Empat Bulan Di Amerika – HAMKA

Saya baru sahaja selesai membaca dua buah naskhah buku karangan HAMKA mengenai pengembaraan beliau ke Amerika. Bukan satu karya yang biasa-biasa, walaupun ditulis dengan laras bahasa yang santai seakan-akan travelogue. Namun travelogue Hamka tidaklah akan sama dengan travelogue yang kita dapati seperti hari ini; kerana fakta dan laras bahasa Hamka sememangnya sentiasa unik dan tersendiri.... Continue Reading →

The Human Complex – Kajian Ringkas untuk Minda Rumit

Mengapa anda mudah marah ketika memandu? Mengapa orang jahil mengaku bijak? Bagaimana persepsi dapat mempengaruhi tubuh? Mengapa anda lebih rajin apabila diperhatikan? Buku ini ada jawapannya.  Kena dengan tajuknya, buku ini sebenarnya adalah sebuah himpunan artikel-artikel yang diulas mengikut persoalan yang berkaitan dengan kebolehan akal, kerumitan fikiran manusia, dan kajian tentang tingkah laku manusia. Segala... Continue Reading →

Nazi Dihujung Jari

Topik sejarah pada umumnya kepada semua orang adalah sebuah topik yang membosankan. Ramai yang tidak dapat meyerap fakta yang bertimbun dan sarat dengan nombor untuk dihadam dengan mudah. Pada suatu hari, saya mencabar diri saya untuk membaca sebuah buku yang berkaitan dengan sejarah.  Nazi Dihujung Jari ialah pemulanya.  Nazi Dihujung Jari Buku ini memaparkan sejarah... Continue Reading →

Website Powered by WordPress.com.

Up ↑