The Human Complex – Kajian Ringkas untuk Minda Rumit

Mengapa anda mudah marah ketika memandu?

Mengapa orang jahil mengaku bijak?

Bagaimana persepsi dapat mempengaruhi tubuh?

Mengapa anda lebih rajin apabila diperhatikan?

Buku ini ada jawapannya. 

Kena dengan tajuknya, buku ini sebenarnya adalah sebuah himpunan artikel-artikel yang diulas mengikut persoalan yang berkaitan dengan kebolehan akal, kerumitan fikiran manusia, dan kajian tentang tingkah laku manusia.

Segala persoalan yang timbul diulas dengan menarik sekali berserta dengan kajian dan pemerhatian saintis dan ahli psikologi tentang topik tersebut.

Review Saya

Pada mulanya saya tertarik pada muka depannya yang nampak “menyimpan banyak rahsia”. Tambah pula dengan topik psikologi yang sebenarnya topik kegemaran saya sejak di universiti lagi. 

Penulis berjaya menghuraikan dengan baik topik-topik psokologi yang sudah alam saya terfikirkan.  Apabila penulis memhuraikan tajuk “Mengapa anda mudah marah ketika memandu?” contohnya, beliau memberikan dua sebab utama yang dihuraikan dengan kemas sekali dari segi kajian psokologi. Sebab pertamanya ialah kerana kita sebenarnya berhadapan dengan tekanan yang banyak. Dan yang kedua ialah kerana perbuatan kita memarahi atau mungkin memaki hamun pemandu lain tersenbut tidak didengari dan disedari oleh pemandu lain.

Disamping itu, masih banyak lagi topik lain yang menarik untuk dibaca dan mengisi minda yang membuatkan minda kita ligat berfikir nanti.

Jika anda ialah orang yang baru ingin berjinak-jinak denga psikologi, atau seorang yamg mempunyai peraasaan ingin tahu yang tinggii, saya sanga6t mencadangkan anda membaca buku ini.

Ketahuilah minda manusia adalah sesuatu yang kompleks, dan untuk memahami perkara tersebut, kajian demi kajian yang berterusan harus dilakukan .

Sebelum anda membaca kajian-kajian saintis berkenaan, baca dahulu preview  tentang kajian mereka pada buku ini.

Selamat membaca!

Review saya di Goodreads telah di muat-naik oleh penerbit sendiri.
Lihat disini : http://bit.ly/THCreview

Tajuk : The Human Complex
Bahasa : Bahasa Melayu
Penulis : Zamir Mohyedin
Penerbit :Patriots Publication
Tahun: 2019
Rating saya : 5 bintang!

Peminat psikologi yang mindanya terperangkap dalam badan seorang doktor, 
Baihaqi Mohamad
Kuala Krai

Tuliskan sedikit komen dari anda!

Website Powered by WordPress.com.

Up ↑