Mencari Makna Diri Dengan Ikigai

Ikigai adalah atu istilah dari Jepun yang menjadi popular sejak berberapa tahun ini. Antara tulisan yang mempopularkan komsep ini ialah The Little Book of Ikigai: The Essential Japanese Way to Finding Your Purpose in Life tulisan Ken Mogi, seorang saintis dari Jepun. Konsep mudahnya Ikigai ialah, apakah benda yang akan membuatkan anda terlompat bangun dari tidur setiap hari? Mahu... Continue Reading →

Dunia Tanpa Tembok

Buku Dunia Tanpa Tembok ialah buku tentang keadaan sebenar dunia dan realpolitik semasa yang diulas menggunakan bahasa Melayu pertama yang saya baca. Amat menarik sebenarnya, kerana amat susah untuk mencari buku seperti ini di pasaran atau rak-rak buku, tambahan pula untuk saya, pembaca yang baru mula mengkaji ini.  Saya pernah bercerita tentang buku Ayman Rashdan Wong... Continue Reading →

Seni Berfikir Yang Hilang

Apakah alat utama untuk mendepani masalah yang kian muncul di hadapan kita? Masalah sosial, masalah agama, masalah akhlak, dan yang paling utama, masaslah cara fikir. Semua ini harus dengan satu alat. Namun apakah alat yang sesuai untuk mengubat penyakit tersebut? Buku Seni Berfikir Yang Hilang terbitan Iman Publication Di hadapan saya terbentang satu naskhah kecil... Continue Reading →

Empat Bulan Di Amerika – HAMKA

Saya baru sahaja selesai membaca dua buah naskhah buku karangan HAMKA mengenai pengembaraan beliau ke Amerika. Bukan satu karya yang biasa-biasa, walaupun ditulis dengan laras bahasa yang santai seakan-akan travelogue. Namun travelogue Hamka tidaklah akan sama dengan travelogue yang kita dapati seperti hari ini; kerana fakta dan laras bahasa Hamka sememangnya sentiasa unik dan tersendiri.... Continue Reading →

The Human Complex – Kajian Ringkas untuk Minda Rumit

Mengapa anda mudah marah ketika memandu? Mengapa orang jahil mengaku bijak? Bagaimana persepsi dapat mempengaruhi tubuh? Mengapa anda lebih rajin apabila diperhatikan? Buku ini ada jawapannya.  Kena dengan tajuknya, buku ini sebenarnya adalah sebuah himpunan artikel-artikel yang diulas mengikut persoalan yang berkaitan dengan kebolehan akal, kerumitan fikiran manusia, dan kajian tentang tingkah laku manusia. Segala... Continue Reading →

Nazi Dihujung Jari

Topik sejarah pada umumnya kepada semua orang adalah sebuah topik yang membosankan. Ramai yang tidak dapat meyerap fakta yang bertimbun dan sarat dengan nombor untuk dihadam dengan mudah. Pada suatu hari, saya mencabar diri saya untuk membaca sebuah buku yang berkaitan dengan sejarah.  Nazi Dihujung Jari ialah pemulanya.  Nazi Dihujung Jari Buku ini memaparkan sejarah... Continue Reading →

Konfesi Prebet Adam

“Ini siapa pula yang beli buku pasal Prebet Adam ni?”, tegur ayah pantas apabila melihat buku ini diatas meja di ruang tamu. “Saya ayah. Buku ni cerita pasal Prebet Adam yang mengamuk dan bunuh orang di Chow Kit dulu. Dia kata Prebet Adam mengamuk bukan sebab adik dia mati ayah.” Saya cuba menjelaskan. “Ooo, yeke?... Continue Reading →

Dunia Tanpa Tembok II

Tajuk : Dunia Tanpa Tembok IIPenulis : Ayman Rasydan WongTerbitan : The Patriot Publication (2019) Kalau anda mahu melihat apa yang berlaku pada duna sekarang dari segi politik, geografi, trade war, mahupun perselisihan antara negara, maka bacalah buku ini. Buku ini pada asaslnya ialah himpunan artikel-artikel paling berpangaruh tentang isu-isu semasa sepanjang tahun 2018. Namun, ia tidak bermakna... Continue Reading →

Ayah- oleh Irfan Hamka

Kisah hidup sebuah perjuangan, Hamka. Buku tentang kisah dan riwayat hidup seorang karyawan yang sudah lama saya cari, kini sudah dapat saya baca dan habiskan. Agar susah untuk mendapatkan buku ini pada mulanya kerana cetakan asal adalah versi Indonesia. Namun untuk versi ini, ia adalah cetakan Malaysia yang mendapat hak percetakan dari penerbit di asal.... Continue Reading →

When Breath Become Air

Pada mulanya saya tertarik untuk membaca buku ini kerana latar belakang penulisnya yang juga dalam bidang kesihatan dan juga penulisan. Sangkaan saya ia adalah sebuah cerita fiksyen mengenai perubatan, atau pembedahan, atau mungkin kehidupan seorang doktor. Namun tidak! Ia adalah mengenai kisah hidupnya sendiri. Tentang bagaimana seorang doktor bedah otak yang sedang mneghabiskan baki latihan... Continue Reading →

Website Powered by WordPress.com.

Up ↑